Bila belek-belek muka dengan kulit yang dah semakin cantik dan flawless ni, tiba-tiba ada pulak eye bag di muka. Hmmm kacau daun sungguh lah kan haha. Jangan risau saya sendiri alami eye bag nih especially jika ada anak kecil yang terjaga tidak tentu masa di malam dan pagi hari.
Apakah punca sebenar eye bag ni?
Kurang tidur dan kurang rehat
Akibat mata yang bekerja lebih masa adalah salah satu punca eye bag. Ini kerana pembuluh-pembuluh darah terpaksa bekerja keras daripada normal hingga mewujudkan bayang-bayang bawah mata.
Faktor usia
Apabila usia semakin meningkat, kulit semakin hilang keanjalan terutamanya di bawah bahagian mata. Kolagen juga makin semakin berkurangan dan menyebabkan kulit sekitar mata mula menipis.
Elergi atau sinus
Sekiranya anda mengalami masalah elergi atau sinus ia juga boleh menjadi punca kepada eye bag. Apabila anda makan makanan yang elergi, mata akan berasa gatal. Anda akan mula menggosok mata dengan kuat dan mungkin menyebabkan darah memenuhi pembuluh-pembuluh bawah mata dan menyebabkan bawah mata kelihatan gelap.
Di sini saya nak kongsikan sedikit tips untuk menghilangkan eye bag atau lingkaran bawah mata yang gelap.
- Hirisan timun
Ini adalah teknik paling mudah. Hiriskan timun dalam 2 hiris dan lekapkan atas mata yang tertutup dalam 5-10 minit. Sesuai dilakukan ketika berbaring yer jangan duduk or berjalan pula haha. Boleh lakukan dalam 2-3 kali seminggu.
- Almond oil atau minyak badam
Mungkin ramai yang tidak tahu almond oil boleh membantu mengurangkan eye bag disebabkan kandungan vitamin E yang tinggi. Sapukan di sekitar bawah mata seperti memakai eye gel treatment dan tidur seperti biasa.
- Uncang teh
Uncang teh yang telah digunakan disimpan ke dalam peti. Keluarkan uncang teh dah letak di sekitar mata dalam 5-10 minit kerana ia bagus dalam memperbaiki peredaran darah di sekitar mata. Selain itu, ia juga membantu mengurangkan pigmentasi dan lingakaran gelap bawah mata.
- Minum air kosong secukupnya
- Eye treatment gel
Cara lain untuk mengurangkan eye bag anda!
Berminat untuk mencuba? boleh hubungi saya - Haidar







Comments
Post a Comment