Teringat dari zaman persekolahan dulu saya sangat tidak suka makan kacang. Selain daripada memang kurang gemar akannya, saya juga bertanggapan bahawa ia adalah makanan yang mungkin boleh menjadi punca pada jerawat terutamanya di wajah. Sehinggakan ibu dan bapa saudara kerap mengejek bahawa saya takut naik jerawat di muka hahaha. That was a memory! hehe tapi bila semakin banyak ilmu yang boleh dicari di internet, ternyata kacang adalah salah satu makanan yang menjadi punca kepada jerawat. Nasib baik hehe
Mari kita lihat apakah lagi antara makanan yang boleh menjadi punca kepada timbul nya jerawat.
1. Makanan tinggi gula
Makanan jenis ini akan meningkatkan kadar insulin dalam tubuh dan akibatnya hormon dan protein dalam tubuh akan sehingga timbullah jerawat. Antara makanan yang harus dihindari adalah seperti kentang, nasi dan roti. Ooo semestinya coklat juga ya! Sebagai ganti kita boleh makan makanan seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Walaupun terasa manis tapi ia tidak menyebabkan lonjakan insulin dalam darah.
2. Produk susu
Selain susu, produk seperti keju, ais krim dan yogurt dapat mempengaruhi hormon di dalam tubuh untuk menghasilkan jerawat. Ini kerana produk ini mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Ia juga boleh menyebabkan kelenjar minyak akan menghasilkan sebum yang banyak. Jerawat terjadi ketika sebum yang seharusnya keluar di pori-pori tersebut.
3. Makanan segera
Makanan segera merupakan makanan yang paling digemari kebanyakan ramai orang. Antaranya ialah mee segera. Walaupun ia sangat enak dimakan tapi beringatlah bahawa banyak bahan perasa yang diletakkan yang boleh menyebabkan bahaya bagi tubuh badan kita. Ia juga memiliki kandungan lemak yang tinggi dan boleh menyebabkan timbulnya jerawat.
4. Garam
Pengambilan garam secara berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti dehidrasi. Apabila kulit terhidrat, boleh menyebabkan kulit bengkak dan sukar ketika ingin merawat jerawat.
5. Kafein
Contoh makanan yang mengandungi kafein semestinya kopi, teh, soda, dan juga minuman tenaga yang berada di pasaran. Jika diambil secara berlebihan akan mengakibatkan kalenjar adrenalin melepaskan hormon stress meningkat. Apabila stress meningkat maka kesihatan tubuh mula menurun.
Selain daripada itu, pengambilan kafein berlebihan juga boleh menyukarkan anda untuk tidur dengan nyenyak. Sesungguhnya tidur itu adalah penting bagi kita manusia di mana tubuh badan dapat diperbaiki dan juga berehat.
Pada pendapat saya makan itu boleh tapi hendaklah berpada-pada yer kawan-kawan.




Comments
Post a Comment