Sebelum kita kongsikan cara mengecilkan pori-pori, mari kita lihat apakah punca liang-liang pori ini terbuka yang boleh menyebabkan kehadiran blackhead mahupun whitehead.
Cahaya matahari
Terdedah kepada sinaran matahari terlalu lama boleh membuatkan sel-sel kulit menjadi rosak sehingga nampak tidak cantik bagi kulit. Cahaya matahari yang berlebihan memberi kesan kepada liang-liang pori wajah membesar.
Ambil ringan akan kebersihan kulit
Jika anda kurang mengambil berat akan kebersihan kulit anda, anda seharusnya berhati-hati. Apabila kesihatan kulit terganggu boleh mengakibatkan timbulnya penyakit kulit yang lain selain pori-pori wajah membesar seperti terjadinya kanser kulit. Pastikan kulit anda dibersihkan dengan sabun mandian mahupun pencuci muka yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda,
Genetik
Salah satu punca liang pori terbuka boleh di ambil kira dari faktor genetik ataupun keturunan. Genetik bukan sahaja akan mewariskan warna kulit, warna anak mata, malahan boleh juga mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang itu.
Penuaan
Apabila usia makin meningkat, pengahsilan Elastin akan berkurang. Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang kepada keadaan asal. Apabila ia semakin berkurangan, kulit mula mengendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.
Adakah cara untuk mengecilkan pori-pori ini? sudah semestinya ada secara semulajadi mahupun dengan pengambilan supplemen yang berkaitan.
Telur putih
- Ambil sebiji telur dan asingkan kuning dan putih telur.
- Sapukan putih telur pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
- Bilas dengan air sejuk.
Boleh juga di campurkan bersama tepung beras atau bersama oat dan 2 sudu teh jus lemon. Amalkan 2 kali seminggu. In shaa Allah anda akan lihat kesannya.
Tomato
- Sapukan jus tomato yang telah diblender pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit.
- Bilas dengan air sejuk.
Tomato membantu mengecilkan liang pori yang terbuka dan membantu mengatasi masalah parut di muka serta menghaluskan wajah.
Madu dan gula perang
- Ambil 1 sudu besar gula perang, 1 sudu besar madu campurkan sedikit jus lemon.
- Ambil campuran tersebut dan gosok secara perlahan-lahan pada kawasan yang dikehendaki selama 3-5 minit.
- Bilas dengan air sejuk.
Soda bikarbonat
- Ambil 2 sudu besar soda bikarbonat dan 2 sudu air suam dan kacau.
- Sapukan dan tekan di muka terutamanya di kawasan liang pori yang terbuka secara perlahan-lahan
- Lakukan selama 30 - 60 saat dengan gerakan membulat.
- Bilas dengan teliti menggunakan air sejuk.
Jus limau
- Sediakan jus limau nipis dan tepek pada wajah yang bersih
- Biarkan dalam 10 minit, kemudian bilas dengan air suam.




Comments
Post a Comment