Assalamualaikum...
Siapa yang tak nak kulit yang cantik lagi sihat kan? semua orang pasti mahukannya. Saya daripada dulu memang suka mencuba pelbagai jenis skin care di pasaran hehe. Dari zaman belajar sampai lah sekarang. Dari Johnson & Johnson ke Nutrogena ke Olay ke Clinique sampailah ke skin care sekarang haha. Kebetulan tiada masalah kulit yang ketara bolehlah tukar menukar.
Tapi bagi sesetengah mereka yang kulitnya agak sensitif dan kronik jangan sesekali cuba macam saya buat yer. Seeloknya jumpa pakar kulit dan minta nasihat mereka sebelum mencuba apa jua produk.
Jadi hari ini saya nak kongsi sedikit tips bagi memelihara kulit kita supaya sentiasa kelihatan cantik dan sentiasa berseri.
Penjagaan kulit muka
Penting tau penjagaan kulit muka ni tak kira buat wanita mahupun lelaki sebab muka ni la yang hari-hari orang tengok kan? haha. So, ini adalah antara perkara yang harus kita lakukan untuk memelihara kulit muka.

Contoh skin care
- Jangan sesekali skip cuci muka dari bangun dan juga sebelum tidur
- Sentiasa bersihkan muka menggunakan make-up remover bagi heavy or light make-up
- Gunakan toner selepas membersihkan muka dengan cleanser bagi menutup liang pori muka
- Gunakan UV protection lotion (ketika siang) atau night cream (ketika sebelum tidur malam)
- Akhir sekali penggunaan moisturiser adalah harus selepas pemakaian lotion
- 2 kali seminggu cuba amalkan menepek muka anda dengan mask untuk lebih glowing
Saya pernah dengar di radio, Ziana Zain sendiri kongsikan bahawa dia dari remaja tidak pernah lupa amalkan tips di atas terutama sekali pemakaian krim malam. Sekarang rasa-rasa dah tahu tak kenapa muka dia nampak berseri. Jangan malas-malas ya! haha
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam makanan harian
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat bagus bagi tubuh badan kita. Pelbagai jenis sumber vitamin dan mineral yang diperolehi dari pengambilannya. Sebagai contoh buah oren kaya dengan vitamin C. Tomato pula bagus untuk kulit jika di ambil selalu. Siapa yang tidak kenal Sari Yanti di antara artis yang mempunyai kulit yang cantik. Dia pernah berkongsi cerita bahawa dia sangat suka makan buah-buahan ketika dia berasa lapar. Jadi tidak hairanlah jika kita kerap makan buah-buahan kulit kita juga semakin cantik dan sihat kan?
Bagi tujuan detox pula, kita boleh gabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk dijadikan air detox. Boleh cuba resepi di bawah untuk air detox ni:-
- 1 biji lemon - di hiris
- 1 inci halia - di hiris
- 10-12 helai daun pudina
- 1 biji timun size kecil - juga di potong
- 2 liter air
Satukan ke semua bahan di dalam jug dan simpan dalam peti sejuk selama 8 jam atau pon semalaman. Kemudian air detox sudah sedia untuk diminum. Kalau boleh kurangkan juga makanan yang berlemak tau!
Katakan tidak pada rokok!
Rokok menyebabkan kulit lebih cepat kelihatan tua dan menyebabkan kedutan pada kulit. Ia juga menjadi punca kepada saluram darah pada lapisan kulit paling atas mengecil dan aliran darah turut menjadi perlahan. Jika anda seorang perokok dan mengimpikan kulit yang cantik serta tidak bermasalah, cara yang terbaik adalah hentikan tabiat merokok sepenuhnya.
Waktu tidur yang cukup
Tidur merupakan salah satu kunci kecantikan buat wanita. Tidur yang cukup dan berkualiti mempengaruhi kesihatan kulit. Tempoh tidur yang diperlukan adalanh antara 6 ke 8 jam sehari.
Kawal stress anda!
Stress yang tidak terkawal boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula mengambil tempat pada kulit wajah. Untuk menggalakkan kulit dan kesihatan yang baik, ambil langkah untuk mengurangkan stress anda agar tidak memberi kesan kepada kesihatan kulit dan tubuh badan.

skarang glamour air detox.bukan je untuk cantik..tapi juga untuk kurus! 😊
ReplyDeletesetuju!
Delete