Skip to main content

Set Premium Pantang @ Menyusu Shaklee

Semua adalah ketentuan-Nya

Alhamdulillah hari ini sudah 19 Syawal 1438H. Ini juga bermaksud yang saya juga dah hari ke-18 berpantang dari keguguran kandungan yang ke-4 pada Syawal ini. Tipu jika saya katakan saya tidak bersedih tapi sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. In shaa Allah ada hikmah di sebalik semua ini.

Ada tak mereka di luar sana yang berpantang juga seperti saya selepas keguguran? Bagi mereka yang tidak berpantang tu saya sarankan supaya amalkan jika boleh. Saya setakat ini masih lagi mengamalkannya. Bukan apa cuma bila di pikirkan kesihatan di masa akan datang tu saya gagahkan jua hehe. 

Saya berpantang dengan vitamin Shaklee dan juga dengan jamu yang sesuai dengan keadaan saya.
Saya memang dah amalkan jamu dari sebelum berkawin lagi. Jadi saya tidak ada masalah dengan bau-bauan jamu. Phytonatal dari Nona Roguy ni antara jamu favourite saya dari bersalin anak yang pertama. Sesuai juga bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah sembelit ketika berpantang.





Selain itu, saya juga mengamalkan minuman air akar herbanika Nona Roguy. Saya suka minum air akar ini kerana badan akan terasa lebih ringan dan mudah berpeluh ketika berpantang. Ingin saya ingatkan pada ibu-ibu yang berpantang supaya mulakan jamu dan air akar ini dalam seminggu (jika bersalin secara normal) atau 2 minggu (jika bersalin secara ceaserian) selepas dari hari bersalin. Jika bayi anda mengalami demam kuning ketika berpantang jangan mulakan dulu jamu dan air akar ini yer. Tunggu sehingga bayi anda sudah tiada lagi demam kuning nya.

Di sini saya ingin kongsikan kelebihan berpantang dengan Set Pantang Premium Shaklee bagi mereka yang sukar mengamalkan jamu ketika berpantang. 


B Complex

B Complex lengkap dengan 8 vitamin B termasuk biotin dan asid folik dengan kadar serapan tinggi di mana ia lebih mudah diserap badan. Jadi jangan pelik mengambil vitamin B jenama lain tidak sama kesannya dengan Vitamin B Shaklee yang pasti jauh berbeza. B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf jadi membantu meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia yang ibu berpantang alami.

Ibu berpantang juga akan dapat manfaat B Complex yang lain iaitu lebih bertenaga kerana ia membantu menukarkan makanan menjadi tenaga, mengggalakkan tumbesaran bayi secara sihat jika ibu menyusukan anak, elakkan rambut gugur dan mencegah anemia dengan menggalakkan pembentukan sel darah merah yang sihat.

Vitalea

Istimewanya vitamin ini dilengkapi dengan 12 vitamin dan 7 mineral dan adalah yang paling pantas terlarut dalam air dan badan manusia di dunia.

Memandangkan ibu berpantang sering berjaga untuk menyusu anak di malam hari dan makan pula kena berpantang, kekurangan nutrisi mungkin berlaku dan menyebabkan cepat keletihan. Multivitamin ini membantu menampung kekurangan nutrisi itu, memberi tenaga dan mencergaskan minda.

Selain itu, ia turut membantu menambah darah dan menstabilkan bacaan hb bagi yang rendah bacaan hb.

Ostematrix

Kalsium dalam Ostematrix ni mampu bertahan dalam darah kita selama 12 jam selepas diserap. Ostematrix yang lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D yang membantu meningkatkan penyerapan kalsium, Kalau ibu berpantang masih lagi kebas, kejang simptom yang selalu ibu mengandung alami...wajiblah teruskan pengambilan Ostematrix semasa berpantang.

Kalsium sangat bagus memperbaiki kebas dan kejang, ringankan stress, mood swing, sakit kepala dan menggalakkan tidur yang nyenyak. Malah ibu menyusu kenalah tambah kalsium dalam menu harian sebab anak juga turun berkongsi kalsium yang sama.

Jika masih sakit-sakit badan, kalsium memberi ketenangan, mengimbangkan tekanan darah dan menenangkan saraf jika pengambilan dilakukan secara berterusan.

ESP

Pastinya ibu berpantang nak cepat pulih dari keadaan yang lemah. ESP tanpa kolesterol ini membantu memberi tenaga, mengeyangkan dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

ESP juga mengandungi vitamin B dan kalsium selain protin yang mudah diserap badan. Pengambilan 2-3 kali sehari untuk ibu berpantang sangat2 digalakkan dan pasti ibu akan rasai perbezaan dengan pengalaman berpantang yang lepas (jika ada). Luka dalaman terutama di rahim dan jahitan perenium, in shaa Allah lebih cepat pulih sekaligus menurunkan risiko infection dan juga bentan. Ibu akan terasa seperti tidak berpantang walaupon belum tamat tempoh 44 hari berpantang.

BERMINAT UNTUK MENCUBA? SILA WHATSAPP KE 0126146161




Comments