Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Set Premium Pantang @ Menyusu Shaklee

Semua adalah ketentuan-Nya Alhamdulillah hari ini sudah 19 Syawal 1438H. Ini juga bermaksud yang saya juga dah hari ke-18 berpantang dari keguguran kandungan yang ke-4 pada Syawal ini. Tipu jika saya katakan saya tidak bersedih tapi sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. In shaa Allah ada hikmah di sebalik semua ini. Ada tak mereka di luar sana yang berpantang juga seperti saya selepas keguguran? Bagi mereka yang tidak berpantang tu saya sarankan supaya amalkan jika boleh. Saya setakat ini masih lagi mengamalkannya. Bukan apa cuma bila di pikirkan kesihatan di masa akan datang tu saya gagahkan jua hehe.  Saya berpantang dengan vitamin Shaklee dan juga dengan jamu yang sesuai dengan keadaan saya. Saya memang dah amalkan jamu dari sebelum berkawin lagi. Jadi saya tidak ada masalah dengan bau-bauan jamu. Phytonatal dari Nona Roguy ni antara jamu favourite saya dari bersalin anak yang pertama. Sesuai juga bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah sembel...