Skip to main content

Pengalaman menyusu dengan set menyusu shaklee


Assalamualaikum semua…

Tiba-tiba saya teringat tentang pengalaman menyusu anak pertama saya 5 tahun lalu. Masa tu anak dah masuk 7 bulan. Susu badan semakin merudum disebabkan kerja yang banyak dan sering keletihan. Jadi saya ambil keputusan untuk cari apa saja yang boleh mambantu membanyakkan susu dan pada masa itu saya terjumpa blog mysupervitamin di mana tuan empunya nya ialah ida khairani J.

Saya cuba set trial menyusu yang dia sarankan dan kemudian mula mengambil set menyusu penuh dan register sebagai distributor shaklee. Alhamdulillah susu kembali banyak tetapi di sebabkan kerja yang begitu banyak dan kurang ilmu tentang penyusuan, saya hanya sempat menyusukan anak sehingga setahun setengah sahaja. Pada mulanya saya rasa sangat kecewa tapi bila difikirkan balik. Saya rasa saya tidak kurang hebatnya kerana walaupon ilmu penyusuan tidak cukup saya masih berjaya menyusukan anak.

Ketika mula mengandung anak ke-2 saya dah tanam niat nak menyusukan anak sehingga 2 tahun. Saya kumpul segala ilmu dan tips penyusuan di website dan juga tambahkan dengan pengalaman semasa anak pertama. Tak lupa juga dengan pengambilan set menyusu budget Shaklee. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan anak ke 2 bukan hanya 2 tahun malah sehingga 2 setengah tahun.

 
Hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa gembiranya hati saya sehingga habis proses penyusuan.

Alhamdulillah sekarang saya masih lagi tidak putus menggunakan produk Shaklee kerana keberkesanannya. Bagi mereka di luar sana, jangan sesekali berputus asa kerana Allah swt pasti membantu.

Jadi pada mereka yang inginkan tips penyusuan dan ingin mencuba set menyusu Shaklee boleh pm saya segera.


Haidar 890285 – 012 6146161

Comments