Assalamualaikum semua… Tiba-tiba saya teringat tentang pengalaman menyusu anak pertama saya 5 tahun lalu. Masa tu anak dah masuk 7 bulan. Susu badan semakin merudum disebabkan kerja yang banyak dan sering keletihan. Jadi saya ambil keputusan untuk cari apa saja yang boleh mambantu membanyakkan susu dan pada masa itu saya terjumpa blog mysupervitamin di mana tuan empunya nya ialah ida khairani J . Saya cuba set trial menyusu yang dia sarankan dan kemudian mula mengambil set menyusu penuh dan register sebagai distributor shaklee. Alhamdulillah susu kembali banyak tetapi di sebabkan kerja yang begitu banyak dan kurang ilmu tentang penyusuan, saya hanya sempat menyusukan anak sehingga setahun setengah sahaja. Pada mulanya saya rasa sangat kecewa tapi bila difikirkan balik. Saya rasa saya tidak kurang hebatnya kerana walaupon ilmu penyusuan tidak cukup saya masih berjaya menyusukan anak. Ketika mula mengandung anak ke-2 saya dah tanam niat nak menyusukan anak sehingga 2 ta...